Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, December 29, 2009

Penataan Dapur

IDEA penataan ruang dapur sempurna terletak pada kebijaksanaan merancang reka letak kabinet dan peralatan memasak supaya suasana sentiasa menarik selari fungsinya.

Bagi yang inginkan pembaharuan atau memberikan sentuhan berbeza pada ruang berkenaan, tidak semestinya menukar secara keseluruhan.

Memadai dengan menampilkan sesuatu yang unik atau menempatkan elemen penting untuk menukar penampilan ruang dapur, sekali gus tidak memerlukan bajet terlalu besar.

Bagaimanapun, ruang dapur yang menarik bukan hanya terletak pada reka bentuk kabinet semata-mata, malah kehadiran ruang penyimpanan kemas, teratur dan peralatan digunakan sistematik serta praktikal antara yang terpenting.

Tidak kira sama ada luas atau sempit ruang dapur itu, pilihan ruang penyimpan dan kabinet dapur penting bagi memudahkan segala perkakas pinggan mangkuk serta bahan memasak disimpan pada ruang sempurna.

Sememangnya, ruang dapur yang sempurna perlu dirancang, dibina dan diselenggara sebaik mungkin bagi memenuhi fungsi sebenar.

Apabila semua keperluan di ruang dapur sudah dikenal pasti, barulah anggaran peruntukan kos dilakukan bagi mengelakkan pembaziran.

Aspek pemilihan perabot dan aksesori hiasan pula diambil kira termasuk mudah dibersihkan, tidak mudah tercalar dan selesa digunakan.

Menerusi rekaan Faktum, ruang dapur bermanfaat dapat diwujudkan dengan binaan tempat memasak dan ruang penyimpanan praktikal yang melancarkan aktiviti memasak.

Bersebelahan binaan kabinet dapur itu, sudut bacaan dan ruang makan boleh diwujudkan dengan mengambil kira aspek penataan cahaya semula jadi.

"Ia diketengahkan untuk memenuhi pelbagai konsep dekorasi khususnya moden kontemporari atau suai padan dengan bajet berpatutan dan kualiti terjamin," kata Yap.

Bagi kediaman yang mempunyai ruang dapur sempit, reka letak produk seperti rak pelbagai guna Omar tentunya banyak membantu segala perkakas pinggan mangkuk dan kelengkapan dapur disimpan secara sistematik.

Reka bentuknya yang praktikal dan mementingkan ciri keselamatan, menyebabkan produk berkenaan mudah dialihkan jika ingin mengubah suasana dapur.

Troli dapur Bekvam pula melancarkan lagi persiapan hidangan untuk keluarga dan tetamu kerana mudah dialihkan serta menjimatkan masa.

Pilihan meja makan yang bersifat dwifungsi memberikan pelbagai kelebihan kepada seisi keluarga untuk memanfaatkannya sebagai tempat menjamu selera dan belajar.

Produk Melltrorp pula sesuai untuk semua konsep dekorasi di ruang makan dengan tawaran harga berpatutan.

Set perkakasan memasak dan pinggan mangkuk istimewa turut ditawarkan dengan mengekalkan ciri keselamatan khususnya bagi mereka yang mempunyai anak kecil.

Perkakasan memasak juga memainkan peranan kerana pilihan produk bukan saja berkualiti mengikut kemampuan, tetapi memberi penampilan ruang dapur lebih bergaya dan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Tips Manfaat Rumah Kecil

MEMILIKI kediaman berkeluasan sempit menguji kreativiti dan kebijaksanaan anda mewujudkan suasana selesa dan mempunyai latar belakang dekorasi indah.

Pastikan reka letak aksesori hiasan dan perabot sesuai dengan kegunaannya supaya keadaan ruang tampil menarik serta berbeza.

Ambil kira aksesori ringkas seperti bekas bunga dan bantal hiasan sebagai penyeri.

Bagi memanfaatkan ruang, bina rak pasang siap di penjuru dinding untuk menempatkan set televisyen.

Untuk ruang makan, letak meja bulat bersaiz kecil atau mudah dilipat bagi membolehkan ia dibuka atau ditutup jika mahu menggunakan ruang itu untuk kehadiran tetamu yang ramai.

Jika keluasan ruang mengizinkan, reka letak kabinet untuk pinggan mangkuk atau kelengkapan ruang makan sesuai di penjuru ruang itu.

Dalam menangani masalah ruang dapur sempit, pilih kabinet dapur rona cerah kerana ia membantu memperlihatkan ruang lebih luas dan selesa.

Kabinet siap dipasang unit dasar dan gantung penting bagi memanfaatkan ruang yang ada dan memberi keselesaan khususnya laluan pergerakan.

Bagi menghias bilik mandi, pastikan anda menggunakan rona lembut sebagai penataan kerana ia dapat memantulkan cahaya.

Di bilik tidur, anda masih mampu mewujudkan suasana selesa jika bijak menggunakan kreativiti termasuk mengurangkan bilangan perabot atau aksesori hiasan yang kurang penting.

Beri tumpuan kepada fungsi bilik tidur berkenaan sebagai tempat paling peribadi untuk merehatkan badan selepas penat bekerja seharian.

Perkara paling penting yang perlu diketengahkan ialah suasana tenang, udara segar dan terapi semula jadi sepanjang masa.

Kehadiran ruang santai keluarga antara yang penting dalam rekaan dekorasi kediaman bagi mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan khususnya hujung minggu.

Suasana lapang dan selesa pastinya dapat diilhamkan menerusi reka letak perabot dan aksesori hiasan di ruang berkenaan.

Mungkin dengan kehadiran kerusi beg kacang dapat membantu memberi keselesaan ketika duduk kerana ia boleh dialihkan ke mana saja.

Pelbagai reka bentuk beg kacang di pasaran memberikan kelebihan kepada anda membuat pilihan terbaik dan ia bergantung kepada konsep dekorasi