Thursday, December 31, 2009

Hepi New Year

Kepada semua kawan - kawan di seluruh Malaysia yang mengenaliku, kaum keluarga, familiku dan teman - teman semua, Selamat menyambut Tahun Baru 2010. Semoga anda semua berbahagia dan mencapai kecemerlangan diri yang paling tinggi. Hope azam Tahun 2009 telah tercapai. Mana2 yg belum tercapai tu kita bawa ke tahun hadapan. Yey...yey....sok dah tahun depan. Makin tua usia aku...he...he...

Wednesday, December 30, 2009

Cemas atau Lucu?

Entri kali ni agak lucu dan cemas berlaku padaku hari ini. Jam tujuh pagi tadi aku keluar berjalan kaki membeli sarapan di atas bukit dekat dengan rumah. Selepas urusan membeli selesai, aku berjalan perlahan - lahan pulang. Sebaik melangkah aku terlihat seekor anjing sedang memandang dan menuju ke arahku. Dalam hati, berfikir2 bagaimana nak mengelakkan dikejar anjing nan seekor ni. Sedari kecil lg aku memamng fobia dgn anjing ni kerana pernah dikejar oleh 4 ekor anjing yang garang semasa tinggal di kawasan perumahan Jalan Bukit Ubi. Mujur waktu itu, aku berlari dgn lajunya ke arah emakku dan mak aku melontar seberapa bnyk batu yg boleh dilontar utk menyelamatkan aku. Sampai hari ni aku masih dpt bayang wajah2 anjing tu. Memang ngeri.

Berbalik kpd entri tadi, aku pun berjalan ke arah lain. Mulut pun baca la segala surah yg teringat waktu tu. Sambil2 menbaca tu, si anjing ni dh berada belakang aku. mengucap panjang aku. Aku igt ia x ikut tapi berjalan betul2 belakang aku. Bila aku laju ia pn laju. Ah sudah.... Aku wat keputusan nk masuk je pintu pagar jiran2 yg aku xkenal tapi semua pintu pagar tertutup. Aku pun lalu ikut jalan belakang. Ia ikut jugak. Sampai kat pintu belakang rumah Kak Nor tiba2 kak Nor bukak pintu. Aku pusing belakang dan terus masuk rumah Kak Nor. Anjing tu pulak masih melihat aku. Kak Nor menghalau anjing tu. Alhamdulillah, akhirnya ia pergi meninggalkan kami. Aku berterima kasih pd Kak Nor kerana membuka pintu rumah dia. Kalau x, xtau la ke mana pulak aku nak pusing.

Agaknya ia follow aku tu sebab terbau makanan yg aku bawa. Mungkin ia lapar. Kalau kucing aku dh v kuih2 yg ku beli tu. Kak Nor kata mungkin ia igt aku ni tuan ia. Muka aku waktu tu kalau toreh pun kuar darah putih kot, pucat lesi. Siap menggigil lagi dgn peluh berjeruk. Selepas ia pergi pun aku masih x berani nak balik ke rumah. Punya lah takot.

Sebenarnya anjing ni memang agak jinak. Kalau garang dh lame ia kejar aku. Bila pk2 balik lucu pun ada. Dalam ramai2 manusia pagi tadi, ia pilih aku!!!

Tuesday, December 29, 2009

Lirik Selagi Ada Rindu

Selagi Ada Bulan Mentari
Selagi Ada Berkasihani
Selagi Ada Bulan Dan Bintang
Selagi Ada Berkasih Sayang
Selagi Ada Ombak Dan Laut
Selagi Hatiku Terpaut
Selagi Ada Turunnya Hujan
Selagi Ada Rahmat Tuhan
Selagi Ada Langit Dan Bumi
Selagi Cintaku Bersemi
co
Selagi Ada Waktu
Selagi Ada Rindu
Biar Beribu Batu
Ingin Aku Bertemu
Oh Kasih (Oh Kasih)
Damailah (Damailah)
Engkau Disana
Ku Berdoa (Ku Berdoa)
Pada Tuhan (Pada Tuhan)
Agar Kau Bahagia

lirik ni untuk cik li PAR sekolah aku kerana katanya
amat feeling dengar lagu ni . Moga cik li
berpuas ati.

Penataan Dapur

IDEA penataan ruang dapur sempurna terletak pada kebijaksanaan merancang reka letak kabinet dan peralatan memasak supaya suasana sentiasa menarik selari fungsinya.

Bagi yang inginkan pembaharuan atau memberikan sentuhan berbeza pada ruang berkenaan, tidak semestinya menukar secara keseluruhan.

Memadai dengan menampilkan sesuatu yang unik atau menempatkan elemen penting untuk menukar penampilan ruang dapur, sekali gus tidak memerlukan bajet terlalu besar.

Bagaimanapun, ruang dapur yang menarik bukan hanya terletak pada reka bentuk kabinet semata-mata, malah kehadiran ruang penyimpanan kemas, teratur dan peralatan digunakan sistematik serta praktikal antara yang terpenting.

Tidak kira sama ada luas atau sempit ruang dapur itu, pilihan ruang penyimpan dan kabinet dapur penting bagi memudahkan segala perkakas pinggan mangkuk serta bahan memasak disimpan pada ruang sempurna.

Sememangnya, ruang dapur yang sempurna perlu dirancang, dibina dan diselenggara sebaik mungkin bagi memenuhi fungsi sebenar.

Apabila semua keperluan di ruang dapur sudah dikenal pasti, barulah anggaran peruntukan kos dilakukan bagi mengelakkan pembaziran.

Aspek pemilihan perabot dan aksesori hiasan pula diambil kira termasuk mudah dibersihkan, tidak mudah tercalar dan selesa digunakan.

Menerusi rekaan Faktum, ruang dapur bermanfaat dapat diwujudkan dengan binaan tempat memasak dan ruang penyimpanan praktikal yang melancarkan aktiviti memasak.

Bersebelahan binaan kabinet dapur itu, sudut bacaan dan ruang makan boleh diwujudkan dengan mengambil kira aspek penataan cahaya semula jadi.

"Ia diketengahkan untuk memenuhi pelbagai konsep dekorasi khususnya moden kontemporari atau suai padan dengan bajet berpatutan dan kualiti terjamin," kata Yap.

Bagi kediaman yang mempunyai ruang dapur sempit, reka letak produk seperti rak pelbagai guna Omar tentunya banyak membantu segala perkakas pinggan mangkuk dan kelengkapan dapur disimpan secara sistematik.

Reka bentuknya yang praktikal dan mementingkan ciri keselamatan, menyebabkan produk berkenaan mudah dialihkan jika ingin mengubah suasana dapur.

Troli dapur Bekvam pula melancarkan lagi persiapan hidangan untuk keluarga dan tetamu kerana mudah dialihkan serta menjimatkan masa.

Pilihan meja makan yang bersifat dwifungsi memberikan pelbagai kelebihan kepada seisi keluarga untuk memanfaatkannya sebagai tempat menjamu selera dan belajar.

Produk Melltrorp pula sesuai untuk semua konsep dekorasi di ruang makan dengan tawaran harga berpatutan.

Set perkakasan memasak dan pinggan mangkuk istimewa turut ditawarkan dengan mengekalkan ciri keselamatan khususnya bagi mereka yang mempunyai anak kecil.

Perkakasan memasak juga memainkan peranan kerana pilihan produk bukan saja berkualiti mengikut kemampuan, tetapi memberi penampilan ruang dapur lebih bergaya dan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Tips Manfaat Rumah Kecil

MEMILIKI kediaman berkeluasan sempit menguji kreativiti dan kebijaksanaan anda mewujudkan suasana selesa dan mempunyai latar belakang dekorasi indah.

Pastikan reka letak aksesori hiasan dan perabot sesuai dengan kegunaannya supaya keadaan ruang tampil menarik serta berbeza.

Ambil kira aksesori ringkas seperti bekas bunga dan bantal hiasan sebagai penyeri.

Bagi memanfaatkan ruang, bina rak pasang siap di penjuru dinding untuk menempatkan set televisyen.

Untuk ruang makan, letak meja bulat bersaiz kecil atau mudah dilipat bagi membolehkan ia dibuka atau ditutup jika mahu menggunakan ruang itu untuk kehadiran tetamu yang ramai.

Jika keluasan ruang mengizinkan, reka letak kabinet untuk pinggan mangkuk atau kelengkapan ruang makan sesuai di penjuru ruang itu.

Dalam menangani masalah ruang dapur sempit, pilih kabinet dapur rona cerah kerana ia membantu memperlihatkan ruang lebih luas dan selesa.

Kabinet siap dipasang unit dasar dan gantung penting bagi memanfaatkan ruang yang ada dan memberi keselesaan khususnya laluan pergerakan.

Bagi menghias bilik mandi, pastikan anda menggunakan rona lembut sebagai penataan kerana ia dapat memantulkan cahaya.

Di bilik tidur, anda masih mampu mewujudkan suasana selesa jika bijak menggunakan kreativiti termasuk mengurangkan bilangan perabot atau aksesori hiasan yang kurang penting.

Beri tumpuan kepada fungsi bilik tidur berkenaan sebagai tempat paling peribadi untuk merehatkan badan selepas penat bekerja seharian.

Perkara paling penting yang perlu diketengahkan ialah suasana tenang, udara segar dan terapi semula jadi sepanjang masa.

Kehadiran ruang santai keluarga antara yang penting dalam rekaan dekorasi kediaman bagi mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan khususnya hujung minggu.

Suasana lapang dan selesa pastinya dapat diilhamkan menerusi reka letak perabot dan aksesori hiasan di ruang berkenaan.

Mungkin dengan kehadiran kerusi beg kacang dapat membantu memberi keselesaan ketika duduk kerana ia boleh dialihkan ke mana saja.

Pelbagai reka bentuk beg kacang di pasaran memberikan kelebihan kepada anda membuat pilihan terbaik dan ia bergantung kepada konsep dekorasi

Monday, December 28, 2009

Mesyuarat3x

Fuh....mesyuarat 2day sangatlah lame. Dah la kerusi dalam makmal sains tu keras sampai sakit punggung dan tengah belakang. Bila hampir tiba mesyuarat kurikulum aku pon cari kerusi empuk dan ada penyandar kat kelas PRA. Alhamdulillah xlah sakit sangat dah. Tunggu punyer tunggu dalam 2 mesyuarat ni xde pon agenda bentang jadual. Last2 aku edar jer jadual tu kat seme guru. Tapi jadual ni sekejap jer kawang2. Mungkin pah minggu kedua atau pah Zamri masuk akan berubah pula. Tensen aku. Mujur jugak la aku ada 3 AJK yang dapat menolongku nanti, xla teruk ngat. Terima kasih kawan2ku Sha, Kema dan Zimah. Terima kasih juga pada Pn Norlida kerana belanja kami mamam tengah ari tadi. Amat menyelerakan kerana aku tersangat lapar. Aku masak ubtuk abg n anak2 tapi aku xsempat makan kerana aku dah terlewat...he..he...padan mukaku. esok taklimat tentang online lesson plan plak. Pah tu taklimat NILAM lak... Adoi...bengkok otok aku lagu ning... Tapi ape nak wat, redho aje la. Harap2 Rabu xde dah mesyuarat coz abg suh balik kampung kerana khamis nak guna kereta ke Kuala Berang atas urusan di Pejabat Tanah.

Saturday, December 26, 2009

Sarapan Pagi Ini

Inilah sarapan aku n anak2 this morning. Kebetulan sama dgn layaleya. Oleh sebab xleh nak masuk gambo lagi, aku 'pinjam' gambo ni dgn dia. Jgn marah Ya....menu kiter sama...

Lembaran Baru 2010

Minggu depan secara realitinya warga guru di Makaysia ni dah bertugas walaupun tarikh sebenar bertugas adalah pada 3 atau 4 januari 2010. Isnin 28 hb Disember 2009, secara puratanya kami akan menghadiri Mesyuarat Guru Kali Pertama diikuti dengan Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama. Esoknya dan hari2 seterusnya, mesyuarat HEM, Kokurikulum dan Panitia2 yang terlibat. Jumaat, rehat jap sebab cuti.Ahad sambung balik dengan Majlis Orientasi Murid Tahun 1 dan Asrama. Dalam masa yang sama juga warga SKPK Kuantan akan menghadapi 1 hari memunggah barang2 seperti meja, kerusi,almari guru yang sedang berada di garaj bas ke Blok Pentadbiran yang baru siap kerja2 menukar atap baru. Waduh....banyaknya kerja yang perlu dibereskan. dlm masa yang sama juga, sebagai guru kelas kami terpaksa menyediakan kelas dalam keadaan bersih dan kemas untuk menerima murid2 baru tahun 2010. tahun ni seperti tahun2 sudah aku masih Guru Kelas 4 Maju. Yg behnya...aku xkemas lagi kelasku itu. Mungkin minggu depan la selepas abis mesyuarat2. Dan yang paling aku tensen adalah GB sudah mengingatkanku agar bersedia dengan perubahan jadual selepas seminggu sesi persekolahan. Setiap tahun walaupun sekolahku terlebih guru kami akan tetap menerima guru2 baru yang posting ke sekolah kami. Kementerian Pelajaran ato. Nak wat gane lagi, terima jelah. tahun depan juga sekolah kami akan melancarkan program baru di mana semua guru harus menghantar lesson plan melalui emel kpd GB. Bermakna xperlu menulis lesson plan dalam buku lagi lah. dari 1 sudut agak bagus kerana kemajuan penggunaan IT tetapi bagi yang xde laptop dan broadband tu agak menyusahkan jugaklah. Dgn sebab itulah, aku berusaha sedaya upaya meng'ada'kan mende2 2. Alhamdulillah.....tapi nak mendapatnya bukanlah sedikit pengorbanan yang terpaksa aku korbankan. Percutian keluarga ke Langkawi menjadi taruhannya. Tapi aku pasrah....

Friday, December 25, 2009

Rombongan Cik Kiah

20 Disember 2009 bersamaan ari Ahad, aku n ramai lagi cikgu cikgi serta PPM menyertai rombongan Cik Kiah ke Jerantut iaitu Kg Sg Jan. Cik Shidah telah selamat menjadi isteri org weh.... X lama lagi kene panggil Puan shidah la. Tahniah Shidah dan samsul moga bahagia hingga ke akhir hayat. Terima kasih kerana menjemput kami warga SKPK Ktn. Kitaorg g sana naik bas sekolah. Hazeq, Azmir dan Abang turut sama g. Sampai je aku n famili serta kpah n famili g mamam dulu. Yg lain2 g jupe shidah. Menu paling beh adalah ayam golek tu tp ccukup la Shidah. nak ambik lagi malu. Cian Cikk Li dari Kuantan lagi mengidam ayam golek Sg Jan.. Pah mamam baru lah aku dan Kpah g jupe Shidah. Tup2 tgk Shidah kat luar dah. A sudoh...ktorag dgn sabarnya menunggu. Pah 2 deme2 2 masuk dalam rumah.Kami mengekor dgn harapan dpt bersalam dgn shidah. Akhirnya dgn muka xmalu aku, kpah dan bonda naik atas pelamin tu bersalam kerana tak lama lps tu acara menepung tawar pengantin. Kira puas ati jgk la dapat jupe pengantin cuma gambar bersama pengatin xde.Xsempat...hanya gambar pengantin je dpt aku snap. Gambonya xdapat la siarkan lagi sbb antivirus xde lagi ning. Sori r Jue. Sabo deh....

Monday, December 21, 2009

Raya Haji

Raya Haji atau Korban tahun ni macam biase jer. Mak mertuaku macam tahun2 sudah wat korban. jadi jenuh jgk la mamam daging. Ditambah dengan daging2 jiran yang di v oleh mereka. So, macam biase jugak aku kene masak sup tulang. Pak mertua aku yang baru baik sakit lidah apa lagi 2,3 mangkuk mamam. Cik abgku pula tahun ni x melapah sebab sakit urat belikat. Kesian dia, sakit yang teramat sangat. Selama 4 tahun ni aku xpernah tgk dia sebegitu sakit. Menitis jugak airmato den nih. setelah berurut dengan 3 orang yang berlainan dan mendapat suntikan di kenek, maka beransur2 la sembuh. Pastu sakit lagi sebab xbrp baik lagi dah wat keje semula, dalam hujan lebat pulak tu. selepas aku nasihat baru la dia berehat secukupnya. Akhirnya, alhamdulillah sihat dah adanya. Cian.....nye cik abg ku...

Projek Keli

25 November 2009, anak ikan keli sebanyak 10 000 ekor yang di tunggu selama ini akhirnya selamat sampai dengan lori. Sebaik dituang ke dalam kolam kanvas, maka berenang2 la ia. Aku yang agak geli dengan ikan ni mula rasa teruja melihat sebegitu banyak anak ikan sepanjang 3 inci di dalam 3 kolam. Hazeq pun sama dengan maknya. Melompat2 gumbira. Hari pertama dalam kolam, anak - anak ikan ni tidak diberi makan palet lagi. Menurut cik abgku, deme2 ni akan diberi makan keesokannya kerana mereka harus menyesuaikan diri dengan keadaan suhu dan persekitaran baru. Gambar2nya akan aku masukkan kemudian kerana antivirus xde lagi ni, takot nak cucuk pendriv. Sabar ya....tunggu.

Wednesday, November 18, 2009

Hari Anugerah Cemerlang SKPK Kuantan 2009

Rabu, 18 Nov 2009 SKPK Kuantan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang 4 all the pupils. Seperti biasa, tugasku adalah Senarai penerima hadiah n sijil. Rasanya dah 7,8 tahun aku pegang tugas ni. Amat tensen sebenonya kerana kena kutip sume fail markah setiap kelas. Ada yang masam muka kerana xsiap lagi aku dah nak kutip. Sori la kengkawan, aku terpaksa gesa korang siapkan kalu x keje aku yang tak siap. Pas dapat sume tu kena cari la pemenang2nya pulak. Dah dapat kena bui pd AJK Buku Program dan AJK Hadiah pulak. Dah tu, kena taip pulak nama bdk2 ni sb ajk hadiah nak ikat sekali murid yang dapat banyak hadiah. Seminggu lebih jugak la aku tensen dengan keje ni tapi apa nak buat, tugas tetap tugas. Tiba hari tersebut alhamdulillah sume berjalan lancar. Time kasih pada Kak Pah, Sha, Ida dan PPM lain yg banyak tolong aku melancarkan tugas ni. Kat atas tu adalah gambar2 interframe sebelum majlis bermula. Adios....

Sunday, November 15, 2009

Pameran DinoTrek

Sabtu lepas, aku dan adik aku Kelabusamar ke Pameran Dinosaur ni kat Yayasan Pahang. Xde ape ngat, macam pameran yang aku g yang lepas2 tu lah. Tapi teruja nak bawa Hazeq jer. So, aku wat perancangan ngan adik aku dan kami pon g la. Sampai kat situ, kena tunggu 20 minit adik aku nak sampai. Bila dia dah sampai, kami pon park keta. Dah tu tgk ramai manusia berbaris. So, berbarislah kami di belakang sekali. Mulut kami xbrenti diam sebab lame sgt nak boleh masuk. Rupanya kami kena tgu org kat atas turun dulu baru boleh masuk kerana ramai. Kami ambil pakej famili iaitu 2 dewasa 2 kanak- kanak berharga RM14.00 hinggit. naik je tangga tu dah ada kepala dinasaur. Kat atas tu bayar tiket pakej famili dan diberi macam flyer. Masuk je, Hazeq dah menangis tengok kepala dinasaur bergerak dengan bunyi yang kuat. Sudah!!!!!! Sah kena dukung ni. Memang yer sampai sakit bahu dan lenguh badan. Xcukup masa ni, sok la aku masuk gambo. Babai.....

Tuesday, November 10, 2009

Ni lah tag daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia

Jumaat lepas aku g taklimat pengawas MUET 2009 di SMK Tg Panglima Perang Tg Mohammad. Satu pengalaman baru sebab tak pernah g taklimat pengawas peksa seramai 2 di dewan yang besar. Parking pun penuh.Aku park kat pintu masuk. Bila nak kuo, ada masalah sebab kena tunggu kereta dari hadapan lepas dulu. Dah la ujan agak lebat. Dalam dewan kami dibahagikan kepada pusat jagaan masing2. Kumpulan aku tu 7 org termasuk ketua pengawas. Mujur sume okay2 belaka dan bekerjasama. Dah abis taklimat, kami tergesa2 g pusat peksa di Kolej Profesional MARA. Dalam kalut2 tu aku tertnggal tepon kat atas meja. Redah ujan pulak g ambik tepon. Kesannya aku lambat sampai ke pusat peksa. Dah sampai sana xtau pulak bangunan mane. Puas pulak mencari bangunan. Rupanya kat Dewan Besar. Dgr taklimat lagi kat sini dan isi claim dalam laptop ketua pengawas.
Esoknya, Sabtu pagi2 lagi aku dah sampai. Sampai je kena angkat barang2. Dan dapat tag jaga peksa. Yg lain2 pon dtg la dan kami mula berkenal - kenalan. Okay la deme2 ni. Kami gilir2 g makan kat kafe. Peksa abis kul 1 tepat. Budak2 tu pun okay je cuma ada sorang dua yang wat perangai cikit. Ada yang letak handfon kat atas meja, letak bekas pensel dll. Aku balik dalam kul 1.30 jugak lah. Tapi pengalaman jaga peksa ni tak la sejerih jaga peksa SPM sekolah teknik. Kira tak penat dan ngantuk sgt la.

Adab Mengengar Azan

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui. Cuba Kita amati.. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratulmaut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ' Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita
Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'
semasa sakaratul maut menghampiri kami... Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau di akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan mengalunkan azan,
mengakui 'Bahawa Allah Saja Yang Patut Disembah,dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Diawali dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlahpenduduknya sebanyak 180 juta.

Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mulai berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S..W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia .

Perbedaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belum alunan Azan merata Indonesia selesai, dimulai pula di Malaysia .

Berikutnya di-Burma dan dalam waktu satu jam selepas Azan dialunkan di-Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya alunanannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India .

Perbedaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 menit jadi dalam jangka waktu ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan,

Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbedaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam.

Dalam jangka waktu ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.

Jarak masa Azan mula dialunkankan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.

Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pengeras suara, akan bergetar satu dunia dengan alunan Azan yang tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

Monday, November 02, 2009

Hai, I'm back.Pas peksa ni xde event lagi. So xde citer ngat la nak dientrikan. Wat masa ni sume cikgu cikgi bz wat sku/skt kurikulum, hem dan korikulum. Mujurlah aku dah settle sumenye sebelum aku peksa. Jadi rilek la cikit. Bdk2 pun tengah peksa, pasni ni bz dgn tanda kertas peksa la pulak....

Tuesday, October 27, 2009

Peksa Lagi

Jumaat, Sabtu dan Ahad ni aku bz peksa lagi. 2 hari lagi nak peksa ni tapi satu pun tak baca lagi. 2 org lagi kengkawan aku si Lily dan Pejo tak tahulah baca tak. Tapi deme2 ni mesti baca punyer sbb markah selalu tinggi daripada aku. Aku macam biasa la, esok nak peksa malam kang aku baca la kasi pulun abis. Pastu tu otak jammed sb byk sgt nak kena baca dan hafal. Xpe, janji lulus jer aku ni. Jadi aku x update la blog ni wat masa ni. Don't worry, I will come back soon. See you all nanti!!!!

p/s:arap kt 3 org dpt markah lebih tinggi untuk sem 5 ni.

Sunday, October 25, 2009

Boling

Khamis lepas aku bawa dalingku g main boling kat Premium Lne, Parkson Kuantan Plaza. Mulanya xnak main tapi Pejo dah letak nama main la jugak. Macam biasa la aku kalah sokmo. Nak menang camne kalu dah lawan dgn jantan belaka. Tapi xpe r yang penting aku enjoy main boling. Tah bila la SKPK Ktn nak wat pertandingan terbuka boling ni macam dulu.

Aku dengan Liza Koyan.

Dalingku sedia membaling bola boling. Interframe la dulu...

Sorang lagi mek interframe.

GP Joran

Ni jelah yang dapat dibawa balik dgn bajunya.lupa ambik gambo baju.

Waktu tengah hari, luka jari dalingku terkena tali.

Panas ni, rehat jap.

Rehat dgn Hazeq kat bawah pokok.

Semalam 25 Oktober 2009, Ahad aku ikut dalingku g pertandingan memancing GP Joran 2009 di Pantai Teluk Lipat, Dungun Terengganu. Kat atas 2, borang penyertaannya. Walaupun pada mulanya rasa malas nak ikut sebab dah tau pasti penat punyer melayan Hazeq, tapi mengenangkan dalingku beria - ia mengajak so aku ikutlah jugak. Kami bertolak kul 5.45 pagi dan sampai kul 7.45 pagi. Tu pon dah lambat kata dalingku tapi nak wat camner lagi. Dia pon segera memasang kail dan mata kail serta umpan anak udang idupnya. Maka tercacaklah kail tu kat tepi pantai nan sejuk lagi masa tu. Aku ditugaskan beli makanan.So, makanlah kami dgn rasa laparnya. Tapi xde gambar waktu makan ni. My daling teruslah memancing, dan aku terus melayan si Hazeq yang byk kerenah. Tibalah waktu pertandingan tamat, kul 1 tepat. Sekor ikan pon xdapat. Cian gak kat my daling tapi xde rezeki kami. Pas2 kami ke padang pulak. My daling nak tgu cabutan bertuah pulak tapi hampeh pun tarak. X bertuah jgk. Aku kata kat dalingku : Sabolah bang, xde rezeki kite la tu. Tahun depan la pulak. Hadiah memang sgt banyak tapi tak sangkut 1 pun. Try lagi next year darling!

Bersiap sedia memasang joran dgn umpan.

Bersedia untuk melemparkan joran.

Hazeq pada jam 7.00 pagi di stesen minyak kat Dungun.

Nilah umpan udang idup yg dibawa. Ada jugak yang kantoi mati.
Ada lagi gambo niey. Bila upload gambo duk kat atas. Tgk jelah yer...

Thursday, October 22, 2009

Motivasi Diri

Motivasi Diri

Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan.

Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik...tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati.

Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri..

1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.

2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.

3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.

4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.

5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.

6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.

7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.

8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.

9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.

10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.

11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.

12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !

13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.

14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.

15. Lakukan kerja seikhlas hati.

16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah.

Cantik dan Gagah

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Tuesday, October 20, 2009

Raya Penutup

Penutup Raya kali ni adalah jamuan raya yang dianjurkan oleh staf2 pejabat. TQ banyak2 kerana makanan sodap2 belake.
Dan kali ni Ejam dapat hadir ke jamuan ni. Suka benor dia. Xkisahlah Jam, janji ekau bahagia.

Kak Tee dan Kak Ana : Antara barisan penganjur jamuan.

Wah Cda, nak ambik apa lagi tu ?
Sham, pinggan ketiga mane?

Me and Lin

Antara juadah yang dihidangkan pada hari tersebut.

Raya Raya Lagi

Jamuan raya kali ni kat rumah Zura dan famili pulak. Sori la kengkawan, gambar ni blur cikit.

Kenangan bersama Kak Nah. I miss u kak nah.

Tuan rumah yang bz menyediakan juadah di dapur.

Bonda SKPK Ktn sedang menikmati laksa Pahang. Bonda kata kat saya : sedap laksa ni makan dengan ikan masin.

Hazeq sedang minum cendol. Berebut dgn mok nak cendol ni. Dekat2 nak balik 2, semangkuk lagi tamabah.

Kepada Zura dan famili terima kasih kerana menjemput saya. Lain tahun jemputlah lagi ye. He... he...he....