Friday, July 31, 2009

Resensi Buku

Sekolah aku ada Program Resensi Buku. Program ni memastikan cikgu2 wat resensi sesebuah tajuk buku. Kita kena baca abis satu buku tu dan tulis apa kita rasa dan dapat daripada buku tersebut.
Di bawah ni adalah resensi yang aku wat.Harap dapat memberi manfaat pada semua. Sori la gambo tu di ambil melintang.

PROGRAM RESENSI BUKU

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUANTAN
INDERA MAHKOTA 2, KUANTAN.

TARIKH : 3 OGOS 2009

NAMA GURU : PN LIZA BINTI ABDULLAH

NAMA BUKU : TIPS – TIPS MEMASUKI SYURGA

PENGARANG : MUHAMMAD MAHMUD ABDILAH

BIL M/S : 156

Setelah membaca buku ini, resensi saya ialah untuk mencapai matlamat untuk ke syurga yang menjadi idaman semua umat Islam, kita semestinya menjurus hidup kita ke arah kebaikan. Antara perkara – perkara yang wajib kita lakukan dan dapat menghindari kita dari azab kubur ialah iman kepada Allah semata yang tiada sekutu baginya, beramal soleh, bertakwa dan takut kepada Allah, berhijrah dan berjuang di jalan Allah, taat kepada Allah dan RasulNya, makrifatul Haq (mengetahui kebenaran ), Shidiq dan Shidikin ( kejujuran ), sabar, jual beli yang untung ( jiwa dan harta kerana Allah ), istiqamah, taubat, perniagaan yang menyelamatkan, berbakti kepada kedua orang tua, dan zikir.
Kita juga perlu mengamalkan sunnah Nabi yang maha suci. Rasulullah SAW telah menegaskan dalam hadis tentang siapa yang masuk syurga adalah orang yang mentaati baginda. Baginda turut menegaskan hal – hal lain iaitu taubat, istiqamah, menuntut ilmu, membangun masjid, takwa dan akhlak yang baik, konsisten dalam keadaan suci, pergi dan balik ke masjid, sujud, haji mabrur, membaca ayat Kursi, solat 12 rakaat setiap hari dan malam, member salam, jujur, istighfar, memdidik anak perempuan, mengharap redha ditinggalkan anak ( meninggal dunia ), memelihara anak yatim, menziarah orang sakit, bertasbih, bertahmid dan bertakbir, 4 perkara khusus wanita iaitu solat, puasa, menjaga kemaluan dan taat kepada suami, bermurah hati ketika menjual, memaafkan orang yang kesusahan dalam berhutang, sabar kerana hilang penglihatan, dan mengumpulkan amalan – amalan.
Selain itu, kita juga perlu tahu berita tentang alam kubur. Kubur itu berbicara setiap hari.Jika ia seorang mukmin, maka ia pun diajak berbicara dengan pembicaraan yang sesuai dengan kedudukan orang – orang yang beriman. Mayat juga mendengar, melihat serta membalas salam malah mengetahui pengunjungnya, mendengar pembicaraan mereka dan membalas salam meskipun bukan hari Khamis atau Jumaat. Roh berada di sisi Allah di syurga jika tidak terhalang oleh dosa besar atau hutang. Ada juga mengatakan bahawa roh berada di serambi syurga di depan pintunya dengan didatangi kenikmatan dan rezekinya. Kita hendaklah membaca Al Quran agar dapat menghindarkan diri dari azab kubur, membaca La ilaha illallah setiap hari 100 kali, membaca surah Al Ikhlas, membaca ayat Kursi, memuliakan anak yatim, jujur, membangun masjid dan lain – lain perkara baik.

Thursday, July 30, 2009

Zaman Itu Sudah Berlalu

Aku tergelak2 baca benda ni...cepatnya zaman kita berlalu...

budak2 yg lahir pd thn 80an mesti ingat mase skola rendah dulu:

- dulu kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu ada datang jugak naik lori sape yang kaya beli vitagen.. warna putih paling sedap..

- kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. mesti ada satu buku yang best semua berebut contohnya buku lori yang tayar banyak,takpun buku kapal terbang budak pompuan baca cite dongeng pastu masuk kelas berlagak jadi puteri raja..

- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm...kalau cikgu nak bagi ganti..rmt masa tu semua mengaku tak bawak duit belanja

- pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die. yang lelaki main tembak2, tepak sape beso pengkalan perang diala power.. takpun ambik pembaris dengan pemadam letak bawah tepak, main lori - lori..

- main lwn pemadam, syg nak guna utk padam tapi pastu ukir jadi kereta sport, kat koperasi sekolah macam2 pemadam jual
gambo bendera paling popular , yang bau singgam pun ade..

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.lepas tu beli tali ikat buku yang warna-warni tu
barula nampak macam budak rajin... pastu beli kepala ultraman nak letak belakang pensel..

- cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.

- bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.pastu ambik bulu dia simpan dalam buku kononnya boleh beranak

- time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, buat pinggan mangkuk pakai gam kanji..

- main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca. letak minyak bon kat sekben kononnya boleh panjang..
- bila time nak balik cikgu mesti suruh letak kepala atas meja sape yang paling diam dia balik dulu masa tu kelas sunyi sepi semua nak balik awal..

- bila dah balik yang laki main polis entri dak pompuan main lubang tikus takpun main getah ada gak yang main konda kondi.. lagi satu kumplan pulak mesti pakai beg beso jenama swan warna ungu kat tangan pegang botol air yang macam meriam tu ambil
tunggu bas, bila ajak main sekali confirm tak nak..

- yang main kejo2 mesti kira kat kaki sebelum main pastu ramai2 kira "ulat bulu panjat lidi sapa dulu dia jadi"

- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...

- balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; power rangers, transformers, ninja turtles,kickers,dashyankuro Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.kalau cite ultraman yg popular masa tu ultraman ace.. bila hakuto dan minami bergabung mesti teruja. tu belum kira airwolf dengan knight rider

jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~

seronok kan masa kite muda2 dulu....thanks liza koyan

Wednesday, July 29, 2009

Soalan Ujian Bulanan Maths 1& 2

Ini adalah soalan Ujian Bulan Julai. Murid - muridku tengah menjawab tu....

Name:……………………….. Year 4 : ……………

Monthly Test ( July)
SKPK Kuantan
Mathematics Paper 1

This question paper consists of 10 questions. Answer all questions.

1. decade = ____ years
A 5 C 15
B 10 D 20

2. ____ decades = 250 years
A 5 C 20
B 10 D 25

3. 5 hours 40 minutes = ____ minutes
A 300 C 500
B 340 D 540

4. There are ____ days in a leap year.
A 363 C 365
B 364 D 366

5. 5 decades = ____ years

A 1 C 50
B 15 D 60

6. 3 minutes 30 seconds = ____ seconds
A 180 C 240
B 210 D 260

7. 4 365 minutes = ____ hours ____ minutes
A 27, 54 C 54, 27
B 45, 72 D 72, 45

8. hours = ____ minutes
A 225 C 245
B 235 D 255

9. 648 hours = ____ days
A 10 C 27
B 18 D 72

Name: ……………………………….. Year 4 : …………………………..
Monthly Test ( July )
SKPK Kuantan
Mathematics Paper 2

This question paper consists of 9 questions. Answer all questions.

1. hour = ____ minutes

Answer:

2. Leman spends hours to study everyday. How much time does he spend in studying each week?

Answer:

3. State the time hour before 9:15 p.m.

Answer:

4. A Mathematics test started at 8:15 a.m. and ended at 9:00 a.m. How long was the test?

Answer:

5. It takes 3 hours 45 minutes to travel from Taiping to Kuala Lumpur. If Azri departed from Taiping at 6:30 p.m., at what time would he reach Kuala Lumpur?

Answer:

6. 8 hours – 4 hours 30 minutes = ____ hours ____ minutes

Answer:

7. decades = ____ years

Answer:

8. A TV drama starts at 7:05 p.m. and ends at 9:45 p.m. In that period, advertisements take 15 minutes. Therefore, what is the actual duration of the drama?

Answer:

9. 32 minutes × 9 = ____ hours ____ minutes

Answer:

AMALAN SEPANJANG BULAN SYAABAN

Assalamualaikum.Dah agak lama tak update blog nie. Diperturunkan di bawah ni beberapa amalan sepanjang bulan Syaaban. Info ni aku dapat daripada Liza Koyan. Terima kasih Liza. Semoga anda dan kita semua mendapat manfaat.

Bulan Syaaban adalah bulan mulia iaitu bulan yang terletak di antara bulan Rejab padanya Nabi Muhammad s.a.w. melakukan Isra' dan Mikraj dan bulan Ramadhan dimana padanya seluruh umat Islam diwajibkan mengerjakan puasa Ramadhan salah satu dari rukun Islam yang mulia. Ketika bulan tersebut di hubungkait yang rapat kerana sesungguhnya orang yang mensucikan badannya pada bulan Rejab maka ia akan mensucikan hatinya pada bulan Syaaban dan orang yang mensucikan hatinya pada bulan Syaaban akan mensucikan rohnya pada bulan Ramadhan.

Sesungguhnya bulan Rejab untuk memohon keampunan dari segala dosa dan bulan Syaaban pula untuk memperbaiki hati dari segala cacat dan bulan Ramadhan pula untuk memberi penerangan hati sedang malam Lailatul Qadar adalah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban ialah peristiwa pertukaran kiblat. Allah swt telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara' bin Azib maksudnya: ''Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmakdis al-selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar.

Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah. Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ''Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ''Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.
Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah swt untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah yang dikabulkan oleh Allah swt. Ini kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.
Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim dengan firmannya:

Yang bermaksud: Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulaang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah Al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke kaabah) itu adalah perintah yang benar dari tuhan mereka, dan Allah s.w.t. tidak sekali-kali lali akan apa yang mereka lakukan.
Oleh sebab bulan Syaaban adalah diantara bulan-bulan yang mulia dan mempunyai keistimewaan yang tertentu, maka wajar sekali jangan kita biarkannya berlalu begitu sahaja tanpa mengerjakan amal-amal soleh yang telah dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w..

Diantara amalan-amalan yang sewajarnya dilakukan oleh kaum muslimin didalam sepanjang bulan Syaaban adalah seperti berikut:

Berpuasa Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud: Dari Aishah r.a., katanya : " ..... Aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa sebulan genap, sesuatu bulan melainkan bulan Ramadhan, dan aku tidak melihatnya mengerjakan puasa pada bulan yang lain lebih banyak daripada yang dikerjakan dalam bulan Syaaban ".

Banyak melakukan amalan takwa dan taat.

Menahan dan menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan dosa. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: " Barangsiapa mengagungkan bulan Syaaban dan bertakwa kepada Allah s.w.t. dan melakukan ketaatan kepadanya dan menahan diri berbuat maksiat, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan memberi keamanan kepadanya dari kemalangan-kemalangan mahupun penyakit-penyakit yang terjadi pada tahun itu seluruhnya ".

Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat-ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristiqafar, berzikir dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: " Barangsiapa menghidupkan malam daripada dua hari raya dan malam pertengahan daripada bulan Sya'ban, hatinya tidak akan mati, manakala hati-hati orang lain mati ".

Memperbanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti sembahyang sunat hajat, sunat tahajud, sunat taubat, sunat tasbih dan lain-lain lagi.

Bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim.

Melakukan amal-amal kebajikan serta memohon keampunan dua ibu-bapa.

Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. semoga terhindar dari segala bala bencana, mala petaka dan huru-hara bagi diri sendiri, ahli keluarga, kaum muslimin dan muslimat, bangsa dan negara.

Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. disetiap bidang amal kebajikan yang kita laksanakan.

Beramallah menurut keimanan masing-masing kalau tidak dapat dilaksanakan semua janganlah ditinggalkan semuanya, lebihan umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke penghujungnya. Rebutlah amal-amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, kerana yang akan pergi tidak pulang lagi.

“ Sesiapa yang menghendaki(dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikkan dunia itu (sekadar yang kami tentukan) dan ia tidak akan memperolehi sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” (Surah as-Syura: 30).

Wednesday, July 22, 2009

10 laluan

LALUAN MENUJU KE KUBUR
Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
*Hindarkan perasaan irihati ( benci )
*Jangan terpengaruh dengan harta dunia
*Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )

LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
*Bersihkan diri dgn bertaubat
*gembirakan hati orang mukmin
*Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
*Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala

LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
* Mengucap dua kalimah syahadah
* suka memberi Sedekah
* Berkata Benar
* Bersihkan dan perbaiki diri

LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dgn yang sedikit
* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
* Jauhkan perkataan sia-sia
*Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala
* Berbaktilah pada ibu bapa
* Berpegang teguh pada hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram

LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
* membuat kebajikan seberapa yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* kerjakan segala suruhan allah
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
* kasihilah nabi Allah Taala
* kasihilah Rasullullah
* tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
* banyak selawat Nabi SAW

LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
*Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
* betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala
* Bencikan segala yang diharamkan Nya.

Khutbah terakhir rasulullah SAW

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu,
mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka
menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,
sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.
Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Sampai sampaikanlah pada teman teman yang lain untuk ingat mengingati sesama kita..

SELAWAT SYIFA'

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan, dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya.

Selawat Syifa' di atas dapat menghilangkan lebam, bengkak, gigitan dan sebagainya. Caranya ialah : ambil minyak urutan, lalu bacakan ayat Selawat Syifa' ini dan kemudian sapukan di atas tempat yang sakit. Insya' Allah dengan izin Allah maka hilanglah sakit atau bekas itu.

Tuesday, July 21, 2009

Kesilapan / Ketidaksempurnaan dalam Ibadat & Amalan

Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati
dan dikagumi ialah Dato’ Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah beliau..berikut adalah bhgian ke-3 himpunan kesilapan/ketidaksempurnaan
dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:
1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak
makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedangberpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasapenuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih utama utk kita bukak puasa dan pergi kenduri tersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?
2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat,puasa, haji dijaga sepenuhnya..tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh).
3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung dengar…kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur! Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2 macam dapat
pahala,rupa2nya dapat bala…Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2,
tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebas menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung??Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ni, please advise..
4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan,makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang..tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..
5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri…Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah
bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah,tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..Jadi
kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada
takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..
6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan “Hamdan hamidin“, “Hamdan zakirin“, atau “Hamdan syakirin“..Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah…ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: “Hamdal-hamidin“, “Hamdaz-zakirin” dan ” Hamdasy-syakirin“. (p/s: huruf z adalah huruf zal)
7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut,dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu
perhatikan, ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2..jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..
8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah iran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..
9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba’diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2
sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang
camni..
10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan..contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu utk bantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..
11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah,kita kena tangguhkan sembahyang tu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba’diah tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba’diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba’diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba’diah zohor boleh diqada selepas solat asar..walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba’diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi
itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..
Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai
menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakn yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja,malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkannya menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa….. Renungkanlah..

Sunday, July 19, 2009

Renungan Bersama

KERANA SEHELAI BULU MATA

Diceritakan di Hari pembalasan kelak, Ada seorang hamba Allah sedang
Diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit Dan bumi,sungguh tidak benar. Saya x pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri Dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg Ada . Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? Disini tiada sesiapa melainkan aku Dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu. ...."

Tiba2 Mata berbicara, "Saya yg memandang,"

Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"

Lidah menambah dengan beran I, "Saya yang menjilat Dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba Dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan Dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus ASA Dan amat berduka kerana sebentar lagi IA akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal IA amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu Mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu Mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air Mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila Ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu Mata sahaja yg dibasahi dengan air Mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu Mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air Mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu Mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka Dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu Mata.."

PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL....... .....
WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT

Tuesday, July 14, 2009

BZ....

Lame dah tak post dan tinjau2 blog aku nih. Maklum la bz. Ujung minggu lepas aku balik Jranga lagi. Pak mertua aku xsihat lagi. Kesian sangat aku tengok keadaan dia, tak bermaya langsung. Mane nak daye, mamam xnak. Xde selera walaupun ati rase nak makan. Pagi2 Ahad, abg ajak aku ato Pok ke Hospital Kuala Terengganu. Kul 10.30 pagi kami bertolak berempat. Berhenti kat Bukit Payung ambik kak ipar aku kerana dia yang akan jaga pok pulak. Cian jgk ke dia tapi nanti akan bergilir - gilir la dgn abg jaga pok. Sampai je di hospital, pok di bawa ke bilik pemeriksaan doktor. Kami menunggu dekat2 3 jam jugak la hingga pok dimasukkan ke wad. Aku dan Hazeq duk dalam keta menunggu kerana kanak2 bawah 12 tahun xleh masuk. Dikhuatiri dijangkiti penyakit khususnya H1N1. Ngeri dengar. Tapi xpe lah. Punye boringnye duk dalam keta ni tak terkate sampai aku tertido. Hazeq macam biase la, main. Kami balik ke rumah dah kul 5 petang. Tgk2 di awan macam nak ujan. Akhirnya aku xjadi balik Kuantan petang tu. Xlarat nak driv. Bukannya dekat Kuantan dengan Jranga. Lagipun Hazeq demam dan aku sendiri pun sejuk panas rase badan nih.... Cik abg pulak kate xleh balik Kuantan lagi sb nak wat kije lagi. Las2 aku tepon bonda minta cuti rehat. Bonda wi kebenaran aku cuti rehat sehari. Alhamdulillah..... Aku balik Kuantan pada malam Isnin, letih jugak sebab Hazeq demam dan kena layan kerenah dia nak berdukung ajee... geram jugak tapi sabo je la. Tapi aku terlepas majlis perkahwinan mira kat Tanah Putih Baru. Sori la Mira, emergency. Anyway, Selamat Pengantin Baru Kak Liza ucapkan, moga bahagia hingga ke akhirnya.

Gitu lah serba sedikit tentang kebizian ku....Pas ni bz nak wat assignment pulak. Kau2 kali niy, susah giler. Puas jgk cari dalam internet. Dapat la cikit2 nanti gabung la. G library, hampeh tarak. Orang library pun xleh jawap bile aku tanye mane buku yang aku nak tu. Sabo2....
K le, sampai jupe lagi.

Wednesday, July 08, 2009

Pedoman

Air Mata Nabi Adam

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di = dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman
hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah . Wassallam

Monday, July 06, 2009

Sukan Tahunan SKPK Ktn Kali Ke-Lima

Posing posing jgn tak posing

Hadiah yang paling tinggi tu kitaorg menang tau....

Ni lah team rumah KUNING

Hamizan yang malu2 kucing....

Team KUNING yang sedang siap sedia

Ini gambar2 Temasya Sukan sekolah aku yang diadakan di Stadium Darul Makmur Kuantan. Walaupun cuaca panas seawal 9.30 pagi tetapi tetap meriah. Aku macam tahun2 sudah ditugaskan di bahagian hadiah dan cenderamata. Amatlah bz dari pagi hingga balik. Tak menang tangan kate deme2. Sori la wat team rumah kuning, saya x sempat menolong make over. Walau ape pun, tahniah lah kepada semua team rumah kuning kerana tahun ini kita JUARA dan bolot sume hadiah dan piala. Syabas!!!!!!