Friday, July 31, 2009

Resensi Buku

Sekolah aku ada Program Resensi Buku. Program ni memastikan cikgu2 wat resensi sesebuah tajuk buku. Kita kena baca abis satu buku tu dan tulis apa kita rasa dan dapat daripada buku tersebut.
Di bawah ni adalah resensi yang aku wat.Harap dapat memberi manfaat pada semua. Sori la gambo tu di ambil melintang.

PROGRAM RESENSI BUKU

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUANTAN
INDERA MAHKOTA 2, KUANTAN.

TARIKH : 3 OGOS 2009

NAMA GURU : PN LIZA BINTI ABDULLAH

NAMA BUKU : TIPS – TIPS MEMASUKI SYURGA

PENGARANG : MUHAMMAD MAHMUD ABDILAH

BIL M/S : 156

Setelah membaca buku ini, resensi saya ialah untuk mencapai matlamat untuk ke syurga yang menjadi idaman semua umat Islam, kita semestinya menjurus hidup kita ke arah kebaikan. Antara perkara – perkara yang wajib kita lakukan dan dapat menghindari kita dari azab kubur ialah iman kepada Allah semata yang tiada sekutu baginya, beramal soleh, bertakwa dan takut kepada Allah, berhijrah dan berjuang di jalan Allah, taat kepada Allah dan RasulNya, makrifatul Haq (mengetahui kebenaran ), Shidiq dan Shidikin ( kejujuran ), sabar, jual beli yang untung ( jiwa dan harta kerana Allah ), istiqamah, taubat, perniagaan yang menyelamatkan, berbakti kepada kedua orang tua, dan zikir.
Kita juga perlu mengamalkan sunnah Nabi yang maha suci. Rasulullah SAW telah menegaskan dalam hadis tentang siapa yang masuk syurga adalah orang yang mentaati baginda. Baginda turut menegaskan hal – hal lain iaitu taubat, istiqamah, menuntut ilmu, membangun masjid, takwa dan akhlak yang baik, konsisten dalam keadaan suci, pergi dan balik ke masjid, sujud, haji mabrur, membaca ayat Kursi, solat 12 rakaat setiap hari dan malam, member salam, jujur, istighfar, memdidik anak perempuan, mengharap redha ditinggalkan anak ( meninggal dunia ), memelihara anak yatim, menziarah orang sakit, bertasbih, bertahmid dan bertakbir, 4 perkara khusus wanita iaitu solat, puasa, menjaga kemaluan dan taat kepada suami, bermurah hati ketika menjual, memaafkan orang yang kesusahan dalam berhutang, sabar kerana hilang penglihatan, dan mengumpulkan amalan – amalan.
Selain itu, kita juga perlu tahu berita tentang alam kubur. Kubur itu berbicara setiap hari.Jika ia seorang mukmin, maka ia pun diajak berbicara dengan pembicaraan yang sesuai dengan kedudukan orang – orang yang beriman. Mayat juga mendengar, melihat serta membalas salam malah mengetahui pengunjungnya, mendengar pembicaraan mereka dan membalas salam meskipun bukan hari Khamis atau Jumaat. Roh berada di sisi Allah di syurga jika tidak terhalang oleh dosa besar atau hutang. Ada juga mengatakan bahawa roh berada di serambi syurga di depan pintunya dengan didatangi kenikmatan dan rezekinya. Kita hendaklah membaca Al Quran agar dapat menghindarkan diri dari azab kubur, membaca La ilaha illallah setiap hari 100 kali, membaca surah Al Ikhlas, membaca ayat Kursi, memuliakan anak yatim, jujur, membangun masjid dan lain – lain perkara baik.

No comments: