Friday, December 17, 2010

Jadual Oh Jadual

N3 kali ni xde ape2 yg special. Cuma saya sedang melalui sekali lagi kerja sekolah yg amat berat nak ditanggung. Nk tau ape????

JADUAL WAKTU SEKOLAH la....

Tahun 2011 ni last dh sy pegang jawatan Guru Penyelaras Jadual Waktu setelah 2 tahun pegang. Sy tension sgt sbb nk watnya rumit. Guna program Winjaws yg rumit, sy pn xfaham. Pas2 taip semula secara manual.

Lbh merimaskan sy data dlm laptop sy ttg Winjaws dh ilang sb sy format baru ni wpun telah di back up... tensionnya.

Kene taip semula semua data2 yg ilang 2. Mujurlah sy ada team jadual yg best. Thanks to Sha, Zimah dan Kema kerana byk tolong k.liza.

2 jelah citernya...bye.

Wednesday, December 08, 2010

Honeymoon di Kota Bandung

Post kali ni adalah tentang honeymoon sy n asben di Kota Bandung. Tempat peranginan di Kota Bandung bagi sy indah. Manakala jalan2 raya di Bandung dpt disimpulkan sebagai sibuk n sempit. Pengalaman ke Kota Bandung adalah yg pertama bg sy n asben. Kami bertolak dari Jranga kul 12.00 tengahari pada 21 November 2010 setelah meninggalkan Hazeq n Azmir bersama tok n tokkinya. Sampai di Kuantan dlm kul 2 petang. Terkocoh2 kami bersiap memasukkan baju ke dlm beg. Kul 3 lebih kami pn bertolak. Kali ni sy yg driv coz asben dh driv tadi.
Kami bercdang ingin meninggalkan kreta di rumah adik (Cik Fahiya) di Putrajaya tetapi hasrat itu tidak kesampaian kerana jalan ry pd ari 2 sesak. Naik lenguh kaki sy menekan klac n menugar gear dari Lanchang ke Gombak. Sy dh pesan pd asben agar turun cepat sikit cz ramai pengguna jln raya nk balik bekerja. Asben xmenyangka hal ini bakal berlaku. Masin jgk mulut sy.
Sy minta maaf byk2 dgn adik n kawannya yg akan bertindak sbg drebar kami pada ari tu. Maaf Ya...Sampai di Gombak asben plak driv ke LCCT. Tp kami tersalah jln n terambil jalan ke KLIA. Kami pusing semula dan sempat2 sampai kul 7.20 malam. Dgn x makan minum n letih giler kami terus menuju ke Boarding. Kerana lapar sgt kami makan atas flight. Bg sy makanan 2 xkene lgsung dgn slera sy asben bantai je mkn krn terlalu lapar. Setelah 2 jam setengah akhirnya kami sampai di Lapangan Terbang Bandung.
Kami dibawa makan di Restoran Sunda. Sekali lg tekak sy xdpt trima makanan serupa itu. Asben makan sj apa yg telah dipilihnya. Sy pula hanya melihat sj. Sygnya sy xsnap gambar makanan2 tersebut krn terlalu letih. Malam 2 asben tdo mati (Hotel Unik) kerana terlalu letih tp sy plak xdpt tdo. Dh la lapar xterkata. Paginya sy breakfast nasi goreng + sambal kentang. Pastu mee goreng penuh minyak. Pas mkn dh rasa loya.
Seterusnya kami bertolak ke Tangkuban Perahu yg beerti perahu terbalik. Bl tourist guide (Doddy Monansa) cerita pasal kawah gunung berapi ni br sy teringat ttg sinetron Indon bertajuk Dayang Sumbi. Dlm ati,"xsangka dpt ke tempat kejadian". Di sini xlah sejuk sgt spt yg dikatakan Doddy kerana sy berpeluh. Sampai sj di sini kami diserbu oleh jurujual2 yg memaksa kami membeli. Antaranya tasbih batu gunung (sebenarnya bkn batu gunung pon), buah strawberi, buah raspberi, souvenier2, angklung n sbgnya. Asben sy terbeli angklung siap dgn not muziknya. Reganya 60000 rupiah ya pak. Sy plak terbeli buah salak 3kg. Ya Allah, manisnya rasa buah salak ni. Strawberinya juga masyaallah tersgt manis. Buah2 inilah mkn tgh ari sy sehingga ke esoknya. Kerana selepas memakan buah2 tersebut sy rasa pening sepanjang ari dan loya kerana terhidu bau belerang dr kawah tersebut. N mmg sy termuntah pun.
Turun dr Tangkuban Perahu ni kami ke Hot Spring Sari Ater. Perjlnan masuk ke sini xubah spt menyusuri ladang teh Cameron Highlands. Sepjg jalan kita akan dpt lihat kelinci (arnab) yg begitu byk dijual. Comelnya, geram sungguh sy. Kawasan air panas ini sgt cantik n lbh menarik lg kita boleh merendam kaki dan mandi manda. Sygnya sy n asben xmandi.
Petangnya kami ke Cibaduyut pula, tempat menjual barang2 kulit. Di sini asben sy membeli jaket kulit kambing dgn harga yg murah. Sy xbeli apa2 di sini krn kepala masih pening. Sekali lg malam ini kami dibawa ke Restoran Sunda. N mmg sy xturun dari bas utk makan. Badan sy dh menggigil demam. Sy trus telan Panadol. Balik ke hotel, sy n asben singgah membeli roti. Roti itu sajalah mkn mlm sy.
Keesokannya kami ke Pasar Baru yg merupakan bangunan 9 tingkat. Letih berjalan dlm pasar ni kerana 1 floor ada 4 bahagian. Masih ada floor yg sy n asben xg, xlarat nk bawa kaki. Kat pasar ni sy beli telekung, kain batik lepas n sarung, pelikat dll lg. Asben lak wat cermin mata membaca. Harganya jauh lebih murah walaupun beratus ribu rupiah. Cuma pd pandangan sy, jika mahu membeli belah di sini lbh elok jika kt ada kawan Indon, xla kta ditipu idup2 oleh deme2 ni. Slang la Indon camner pn deme tau kt org luo.
Setelah 5 jam membeli belah di sini kami dibawa oleh Pak Juki ~supir Innova yg kami sewa (cam teksi r) ke Cihampelas. Tempat ni jual jeans, baju2 dll. Sy beli baju2 bandung utk anak2 buah. Sebelum sampai ke sini kami singgah ke kedai kerepek. Mcm2 kerepek dijual yg kta di sini xkan terpikir ia adalah kerepek. Di sini abis 169000 rupiah pak. Kemudian kami ke kedai2 Outlet. Xminat sgt cuma Rumah Mode jer yg pemandangannya cantik bangat.
Akhirnya kami singgah ke Restoran Padang. Barulah sy dpt makan makanan spt Malaysia. barulah terbuka sikit selera sy. Tp malangnya pd jam 4 pagi sy cirit birit. Mujur Cikgu Jamiudin bawa ubat.
Hari berikutnya, kami seramai 17 org bersiap utk pulang. Spt biasa, bergambar acara rutin sehingga awek bancuh teh di lapangan terbang Hussin Sastranegara pn kami sangka pramugari. Kemudian acara menghabiskan duit rupiah yg berbaki di situ. Kami selamat sampai di tanah air pada jam 3 petang waktu Malaysia.

Begitulah kisahnya perihal honeymoon sy ke Kota Bandung. Cantik, indah, dingin, sesak, sempit dan puas....kalau berkesempatan lg, ingin sy n asben g lg. Insyaallah......

Tuesday, December 07, 2010

Sahabatku Adikku

N3 2day is about my best friend since 1991.
Yg pakai baju warna pink 2 adalah besfren sy. Namanya secantik orgnya iaitu Lily Saliza Md Saad. Saya kenal LS semasa dia masuk mengajar kat sekolah yg saya mengajar iaitu SK Pendidikan Khas Kuantan. Sekolah ni dl terletak di Jalan Wong Ah Jang dan sejak tahun 2000 berpindah lokasinya ke Indera Mahkota 2.
LS seorang yg sgt peramah sdgkan sy sgt pendiam. Sy xkan berbual dgn seseorg itu klu sy xknl org 2 tp LS ni berbual dgn org yg baru dikenali spt dh lame sgt kenal. Itulah antara sifat2nya yg sy suka. Sifatnya ini diwarisi drpd arwah abahnya. Begitu sy knl LS begitulah arwah abahnya. Amat mesra dgn sesape sahaja.
Hari berganti hari...sy n LS akhirnya menjadi besfren. Kami akan ke mana saje berdua. Melakukan ape saje berdua. X berenggang spt belangkas. Segala suka duka kami tempuh bersama. Kami akan ketawa bersama2 n menangis jg bersama2. Semua kisah n secret sy LS adalah org pertama yg akan tahu. Malah dia org pertama sy brtau yg sy jatuh cinta dgn suami sy. LS jg akan menemani sy bersama bakal suami sy ke mana shj. Pendek kata sporting abis. Sehinggalah sy bernikah. Walaupun org lain xstuju dgn keputusan sy tp LS tetap sokong sy. Katanya suami sy 2 dh jodoh sy. Terima kasih kawan....
Semasa sy melahirkan anak sulung sy pun LS adalah org pertama yg melawat sy di hospital. Sy dh anggap besfren sy spt adik sy sendiri kerana kami amat rapat. Adik kandung sy sndri pn x serapat spt hubungan kami. LS jg pernah tinggal bersama sy n keluarga di Tanah Putih Baru.
Setelah pemergian arwah suami sy akibat penyakit jantung, LS lah yg tlh menyapu airmata sy. Pada ms 2 dunia ini sy terasa gelap tp LS memberi sy semangat baru sehingga dunia ini sy rasa cerah semula. Banyak sungguh jasamu kawan.
Setelah bbrp ketika sy bertemu jodoh dgn suami sekarang. LS yg menguruskannya dari awal hingga ke akhir. Dialah juru runding, juru mekap, juru cakap malah blh dianggap sbg 'mak pengantin'.
Hari demi hari berlalu...LS jg telah mendirikan rumahtangga. Rumah sy berdepan dgn rumah LS di Taman Mutiara Mahkota Kuantan. Dia yg mengajak sy membeli rmh di kawasan ini n kebetulannya di depan rumahnya sahaja yg kosong pada masa itu. Begitulah rapatnya kami.
Saya sering berkunjung ke rumahnya xkira siang atau malam termasuk suami sy jg.

Namun...........
Sejak akhir2 ini hubungan kami x seindah n semesra dl lg. Sy sndri xtau apa yg terjadi. Tiada lg hilai tawa antara kami. Senyum pn spt dibuat2 n terpaksa. Situasi ini terjadi sejak LS mendpt kawan baru. Faktor jarak kelas antara kami jg mungkin slah 1 punca keadaan ini terjadi. Dahulu kelas sy n dia hanya bersebelahan sj. Tetapi sejak tahun 2007 sy telah dihantar mengajar tahun 4 (kelas atas). Sejak itu hubungan kami agak renggang tp mesra lg.
Sehinggalah pd suatu ketika LS berkata sst yg amat meruntun jiwa sy. Sy cuba mengendahkannya. Suatu masa sy tlh berjaya. Tetapi persahabatn barunya tlh membuat sy jauh ati. Sy rasa sy tlh ditinggalkan olehnya sehinggalah pd ms sy menaip 'karangan' ini.
Hari berlalu sy cuba melupakan apa yg terjadi. Sy jg telah meluahkan rasa hati sy kpdnya melalui emel. Sy berharap hubungan sy n LS dpt kembali akrab spt sebelum ini. Selepas ini sy akan face 2 face dgnnya meminta maaf. Sy yakin sy jg bersalah...

Jika LS terbaca coretan sy ini...ketahuilah aku syg padamu Lily. Kau spt adik kpdku. Aku sedih krn keadaan kta spt ini. Aku harap kita dpt berbaik semula......
Amin.

Friday, December 03, 2010

Cuti Di Cameron Highlands

Salam bloggers..
Agak lama saya x post something. Actually n3 kali ni ttg percutian saya dan famili ke Cameron Highlands Pahang pada hari raya Aidilfitri ke5 yg lalu. Percutian ini tlh lama sy rancangkan iaitu sejak bernikah dgn asben lagi. Akhirnya tercapai jua.
Kami bertolak dari Jranga pada awal pg lg kerana perjalanan ke CH melalui Gua Musang sgt jauh. Hazeq pn muntah sb pening. Sepjg hdup pertama kali sy melalui laluan ini. Tersgt jauh bg saya sampai kebas punggung.
Semasa otw. kami singgah kt tempat gajah. Tepi jalan je tempatnya tp lokasinya sy dh lupa. Sempat jgk la snap beberapa keping gambar. Hazeq pn suka sgt tgk gajah2 tu. Kami teruskan lg perjalanan hinggalah sampai ke CH. Terlihat pemandangan di depan kami adalah sayur2an n bunga2an yg ditanam dilereng2 bukit. Hawa sejuk dh mula terasa.
Setelah 6 jam dlm kreta + berhenti bbp kali akhirnya kami pn sampai di sana. First cari homestay kat kg sedia yg telah ditempah lebih awal. Cari, cari dan cari akhirnya jumpa. Rmh ni = cmn dlm iklan tenet.Begitulah rupanya dlm tenet. Tp pengalaman duk rmh homestay ni bg sy xbesh. Kita xbebas berada dlm rumah org. Maklum la tuan rumah ada dlm rumah yg sama. Tn rumah homestay ni mesra orgnya tp sy tetap xselesa.
Kami berehat dl di rumah ni melepaskan lelah. Cian jgk asben driv sejauh itu. Petang cikit kami pun kuar utk cari makanan. Kami ke Tanah Rata. Dinner kami mlm 2 adalah yong tau fu. Semasa menikmati hidangan 2, melintas di depan kami cucu tn rmh. pn makan malam di c2.
Malamnya kami kuar lg ke Pasar Malam Brinchang. Dekat aje dgn Kg Sedia. Pasar malam ni besh. Macam2 ada. Paling aku suka adalah jagung mutiara rebus. Makan sungguh2 jagung ni. Hazeq n Azmir pn suka. Siap tapau lg. Dan siap beli yg mentah utk direbus dirumah tn rumah. Sayangnya sy xsnap gambo jagung 2.

6 Dis 2010, i'm back.
Hari ke-2 di CH. Pagi2 lg after breakfast kami sekeluarga kuar ke Ladang Teh Boh di Sungai Palas. Berliku2 jalannya dan sejauh 5km kalau xsilap. Pas park kreta kat tempat yg disediakan kami pon menapak 200meter ke atas bukit yg menyediakan pemandangan yg cantik, teh cafe dan jualan produk teh. Kilang proses teh je xg sb tgk kat c2 sunyi sepi jer.
Masa ni ujan turun dengan agak lebat jgk. Tersangat la sejuknya. Semasa menapak ke atas ni tadi kaki saya bertambah sakit. *sebelum g CH tumit sy sakit. Sempat jgk la snap beberapa kpg gambar kt sini. Agak teruja kerana dpt melihat daun teh buat kali kedua dari dekat.

Turun dari Sg Palas kami ke Taman Rama2. Asben terpaut dengan sumpit kat c2. So, sumpit 2 kini telah berada di dinding rumah saya. Saya n anak2 belek2 rama2 magnet. Terbeli r 5,6 ekor. Comel..... Malamnya kami ke Brinchang lagi. Dan saya tapau jagung mutiara utk dibawa pulang. Makan malam di Tanah Rata tp hidangan malam 2 xbrp menepati citarasa sy. Kami tidak ke Taman Bunga dan Taman Strawberi petik sendiri kerana asben xminat. Sedih jgk sb sy suka panorama bunga2an yg cantik dan bau2an strawberi yg segar. Apa nk buat...redha jelah. Kat Psr Mlm Brinchang jelah sy beli buah strawberi, limau gedang dan keledek manis.

Esoknya lepas breakfast nasi lemak yg dibeli di Tanah Rata (*agak mahal reganya), kami pon berkemas utk pulang. Kami xsinggah mana2 pon n terus turun. Kami ikut laluan Bertam Valley menuju Sg Koyan. Sampai kt Koyan, kami berhenti bertanya arah. Pakcik jual jambu 2 cakap elok ikut jalan ke Bentong n naik highway kalau xtau jalan Lipis. Asben pn ikut la kata2 pakcik 2. Tp sekali lg saya rasa amatlah jauhnya ikut jln ni. Sampai highway saya pulak driv. Sejam pertama okay lg. Masuk jam kedua asben n anak2 tdo. Saya pn dh rasa mengantok. Bbrp kali waktu tgh driv sy terlelap. Bahaya betol tindakan saya itu. Sy berazam x akan ulang lg, bahaya kpd keluarga sy n org lain. Bila asben bangun sy ceritakan kpdnya. Kene marah la jgk....tp cam nasihat jgk....

Itulah sahaja story saya pasal CH. Bagi sy ia bagus utk percutian keluarga. Asben pn berkira2 nk g lg ke CH tp xtau lh bilanya.

Thursday, October 14, 2010

Sukan Tahunan SKPK Kali Ke 6

Bersedia untuk boling kelapa...

tgh panas terik mentari dgn hazeq

hazeq mengacau...

pasukan kuning

interprem la...

Sunday, October 03, 2010

Resepi Spagetti Carbonara ( Belum Dicuba)

Resepi ni saya belum try test lagi tp nampak cam best.

Resepi Spagetti Carbonara

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • 2 peket spaghetti
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 ulas bawang merah (mayang)
  • 1/2 cawan daging cincang
  • 4 biji telur
  • garam secukup rasa
  • lada sulah secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak utk menumis
  • keju parmesan parut

Cara-cara

  1. rebus spaghetti dalam air garam dan butter.
  2. dalam bekas yang besar, pukul telur besama lada sulah dan garam. ketepikan.
  3. panaskan minyak dan masukkan bawang putih, merah dan daging. masak dalam 15 minit atau daging betul-betul masak.
  4. bila spaghetti dah masak, toskan dan terus masuk ke dalama bekas telur pukul tadi. gaul rata biar telur masak oleh panas spaghetti.
  5. kemudian masukkan spaghetti campur telur tadi ke dalam daging. goreng pulak atas api bagi sebati dan telur betul betul masak.
  6. gaul dgn keju parut sebelum dihidangkan.

Monday, September 27, 2010

Resepi Spagetti Bolognese Ala Melayu

RESEPI SPAGETTI BOLOGNESE ALA MELAYU

BAHAN :

1. Sepaket daging/ayam kisar Ramly yg kecil

2. Sebotol kecil sos lada hitam Life (jenama lain xbest)

3. Setin kecil tomato puree

4. Setin cendawan butang – hiris nipis

5. Sepaket spaghetti

6. Sebatang lobak merah-potong panjang

7. Sepokok bunga kobis – kecil.

8. Segelas/dua gelas air

9. 2 biji cili api

10. Garam

11. Gula

12. Perasa

13. Tomato Ceri-hiasan

14. 2 labu bawang besar – mayang

15. 3 ulas bawang putih – didadukan kecil2

16. 3 sudu cili boh

Cara :

1. . Perapkan daging/ayam kisar yg telah dilembutkan dengan suhu bilik

bersama sos lada hitam selama setengah jam.

2. Tumiskan kedua2 bawang sehingga layu.

3.. Masukkan daging yg diperap tadi.

4. Tambahkan air segelas.

5. . Masukkan tomato puree dan cili boh.

6. . Didihkan.

7. Masukkan lobak merah. Didihkan.

8.. Masuk cili api, bunga kobis, garam, gula dan perasa.

9.. Tambahkan air segelas.

10.. Masukkan tomato ceri.

11.. Hidangkan bersama spaghetti.

Cara merebus spaghetti :

1. Jerang air sehingga mendidih.

2.. Masukkan sedikit minyak dan sedikit garam.

3. Masukkan spaghetti.

4. Masak selama 13 – 15 minit bergantung kepada arahan pada plastik spaghetti.

SELAMAT MENCUBA SEMOGA BERJAYA

Wednesday, September 22, 2010

Apam Pecah

en3 kali ni pasal kuih apam pecoh yg memang dh lamer sy cari resepinya dan try nk wat. akhirnya berjaya juga. TQVM to kamsiah kerana bagi resepi ni.
gambar atas 2 yg dh jadi tp percubaan pertama ni xberapa nk pecoh la.

sebelum dikukus. adunan diletakkan di dalam bekas kue lompang.

adunan yang tidak diwarnakan

adunan yang diwarnakan ijau tp xbrp ijau

resepinya adalah seperti berikut :

bahan :
250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanila
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s/k ovallate
pewarna merah dan hijau
cawan kertas

cara :
1. Panaskan kukusan.
2. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
4. Masukkan tpg gandum, susu dan ovallate. Pukul lg sehingga gebu.
5. Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan pewarna merah dan hijau dlm mangkuk berasingan.
7. Masukkan adunan dalam piping bag setiap warna yang berasingan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna ke dalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalam acuan apam/lompang dan kukus 15 minit dgn api paling besar.
10. Angkat dan hidang.

Friday, September 17, 2010

Raya 2010 d Jranga

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca blog saya ni. nothing special to tell about. raya tahun ni seperti raya2 sebelumnya iaitu di Jerangau. tp tahun ni satu keping gambar pun saya x snap. xtau lah naper. mungkin semangat raya dh kian pudar.

my asben pun xnak raya kat mana2. even rumah kawan2 dia pun dia xnak pegi. sy hanya beraya ke rumah pejo sahaja. pastu balik rumah dan menerima tetamu. kak dan abg ipar balik pd raya kedua dan ketiga. suasana dalam rumah agak meriah sedikit dengan kehadiran mereka.

hazeq cam biasa la, sentiasa meriuhkan suasana walaupun dalam hati maknya kelam. kami balik ke kuantan pada hari kamis. sebelum tu kami ke sebuah destinasi percutian yg dh lama teringin pegi. next entri saya ceritakan.

jumaat sekolah, sabtu sekolah ganti. tp mood kerja masih belum datang lagi. sekarang ni saya mengidap sakit tumit pulak. kene 2 hari sebelum raya dan sekarang dah melarat. ingatkan x kritikal, tp ari ni jalan pon dh terhencut2...sakit woo...

my mother said sakit tumit ada kene mengena dgn sistem peranakan wanita. dia suh cari tempurung jantan.pijakkan tumit pada tempurung tersebut.kaki sebelah lagi perlu di'balance'kan juga. buat ni setiap pagi. so, di mana saya nak cari tempurung jantan???

yg pasti, saya nk g berurut dulu. ponstan pun saya dh telan hasil pemberian kak Ilah. TQ kak...
kejap lg balik ke rumah dan hadiri rumah raya terbuka jiran depan rumah, Puan Yana dan Encik Khairul. TQ 4 the invitation.

pastu saya dan famili nk ke kemaman plak beraya di rumah abg sulong saya Awie dan rumah bapa n mak saudara. after that, nk singgah rumah abg long lak kat mok cili. banyak sungguh perancangan dalam sakit2 ni. xtau la saya sanggup tahan ke tidak sakit di tumit ni.......

Sunday, August 22, 2010

Kelebihan Ramadhan

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :

(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :

(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)

  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)

    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)

    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)

    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.

    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi