Sunday, April 10, 2011

Kek Gulung Kasih/Pelangi

Dunia kek saya berputar lagi. Dalam sakit2 saya cuba juga menyiapkan Kek Gulung Kasih setelah menggugel blog DayangJack. TQ Dayang...kek2 lain dalam blog Dayang pun banyak yang mabeles. Tapi hati saya tertarik dgn kek ni sbb penyediaannya yang mudah dan warna yang menarik.

Jom layan gambar - gambar di bawah :

proses menompokkan adunan berwarna

setelah di bakar

proses menyapu jem strawberi

setelah siap digulung, namun xlulus lagi sbb kulit kek tertanggal semasa menggulung dan melekat pada kertas

hasilnya : marveles dan gebu

Resepinya adalah seperti berikut :

bahan-bahan :

  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning

cara-cara :

  1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
  3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
  4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
  5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
  6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
  8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
  9. Gulung kek dengan kemas.
  10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan.
~Selamat Mencuba~

*dipersilakan copy n paste resepi ini. Kita share sama2...

1 comment:

nur kasih said...

ke ni menarik lah liza..colouring lagi..wah semakin menjadi2 proses buat kek dia ye..bgus2 ade kemajuan..saya ni just nk C & P je..buatnye tah bile..hehe..tq