Tuesday, December 29, 2009

Penataan Dapur

IDEA penataan ruang dapur sempurna terletak pada kebijaksanaan merancang reka letak kabinet dan peralatan memasak supaya suasana sentiasa menarik selari fungsinya.

Bagi yang inginkan pembaharuan atau memberikan sentuhan berbeza pada ruang berkenaan, tidak semestinya menukar secara keseluruhan.

Memadai dengan menampilkan sesuatu yang unik atau menempatkan elemen penting untuk menukar penampilan ruang dapur, sekali gus tidak memerlukan bajet terlalu besar.

Bagaimanapun, ruang dapur yang menarik bukan hanya terletak pada reka bentuk kabinet semata-mata, malah kehadiran ruang penyimpanan kemas, teratur dan peralatan digunakan sistematik serta praktikal antara yang terpenting.

Tidak kira sama ada luas atau sempit ruang dapur itu, pilihan ruang penyimpan dan kabinet dapur penting bagi memudahkan segala perkakas pinggan mangkuk serta bahan memasak disimpan pada ruang sempurna.

Sememangnya, ruang dapur yang sempurna perlu dirancang, dibina dan diselenggara sebaik mungkin bagi memenuhi fungsi sebenar.

Apabila semua keperluan di ruang dapur sudah dikenal pasti, barulah anggaran peruntukan kos dilakukan bagi mengelakkan pembaziran.

Aspek pemilihan perabot dan aksesori hiasan pula diambil kira termasuk mudah dibersihkan, tidak mudah tercalar dan selesa digunakan.

Menerusi rekaan Faktum, ruang dapur bermanfaat dapat diwujudkan dengan binaan tempat memasak dan ruang penyimpanan praktikal yang melancarkan aktiviti memasak.

Bersebelahan binaan kabinet dapur itu, sudut bacaan dan ruang makan boleh diwujudkan dengan mengambil kira aspek penataan cahaya semula jadi.

"Ia diketengahkan untuk memenuhi pelbagai konsep dekorasi khususnya moden kontemporari atau suai padan dengan bajet berpatutan dan kualiti terjamin," kata Yap.

Bagi kediaman yang mempunyai ruang dapur sempit, reka letak produk seperti rak pelbagai guna Omar tentunya banyak membantu segala perkakas pinggan mangkuk dan kelengkapan dapur disimpan secara sistematik.

Reka bentuknya yang praktikal dan mementingkan ciri keselamatan, menyebabkan produk berkenaan mudah dialihkan jika ingin mengubah suasana dapur.

Troli dapur Bekvam pula melancarkan lagi persiapan hidangan untuk keluarga dan tetamu kerana mudah dialihkan serta menjimatkan masa.

Pilihan meja makan yang bersifat dwifungsi memberikan pelbagai kelebihan kepada seisi keluarga untuk memanfaatkannya sebagai tempat menjamu selera dan belajar.

Produk Melltrorp pula sesuai untuk semua konsep dekorasi di ruang makan dengan tawaran harga berpatutan.

Set perkakasan memasak dan pinggan mangkuk istimewa turut ditawarkan dengan mengekalkan ciri keselamatan khususnya bagi mereka yang mempunyai anak kecil.

Perkakasan memasak juga memainkan peranan kerana pilihan produk bukan saja berkualiti mengikut kemampuan, tetapi memberi penampilan ruang dapur lebih bergaya dan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

No comments: