Wednesday, September 30, 2009

Tarikh Keramat

Hari ini 1.10.2009 merupakan tarikh keramat bagiku kerana pada tarikh ini aku telah diijabkabulkan dengan hubbyku. Tahun ni adalah anniversary kami yang ke-4. Tiada celebration ape2 pon cuma wish happiness sesama kami je. Dan tukar2 hadiah. Lagipun my hubby xde kat Kuantan niey. Dia dah balik semalam ke Jranga untuk bekerja. Cian hubbyku. Anyway, terima kasih kerana mencurahkan segala kasih sayang yang tak bertepi untuk isterimu ini. Semoga rumahtangga kita akan kekal bahagia hingga ke akhirnya. dan semoga kehidupan kita akan berubah menjadi lebih baik dari hari semalam. Amin.... I Love You darling. Buat anak2ku Alfia Azmir dan Zikrul Hazeq, doakanlah kebahagiaan mak dan ayah serta seluruh keluarga kita.

Kuih Raya Tertinggal

Petang Selasa baru ni, terasa nak masuk bilik belakang kemas apa - apa yang patut dan mencari barang. Tup tup korang tau tak...... kuih raya layaleya aku lupa nak wat balik Jranga baru ni sebab kalut mengemas barang2. Cik abg nak balik semalam, suh dia wat balik tapi dia xnak. So, aku sms la layaleya. Nasib baik ada telefon pinjam sebab telefonku Hazeq rendam dalam air. Layaleya suh aku mamam jer kuih tu. Terima kasih la layaleya weh. Kalu x alamat berkulat la kuih tu. Di bawah ni adalah gambar kuih yang tertinggal untuk tatapan Layaleya.

Nama kuih ni adalah Tat Jakarta

p/s : sori la Ya, KakLiza lupa sungguh pasal kuih niey....

Monday, September 28, 2009

Khatam Quran

Sekitar majlis Khatam Quran SKPK Kuantan pada 17 September 2009
Posing, jangan x posing...

Menyempit jugak tu.....

Interframe Intan weh.....

Kuyu jer mata Selendang tu, xcukup tido ker ?

Waduh Maton, jangan marah yer i letak gambar u ni. Sori ler ustazah.

Ju sedang kusyuk mengaji khatam quran. Lunaknya suara dia...

Cikgu lelaki biasa r borak2 dulu sebelum mula mengaji.

Sunday, September 27, 2009

Kelebihan Puasa Enam

Dari Abu Hurairah (r.a), Nabi bersabda:
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung dengan 6 hari di bulan syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun"-ALBAZZAR

Sesudah mengharungi pelbagai dugaan pada bulan Ramadhan dan berjaya menjalankan ibadah puasa, umat islam sekali lagi diberikan peluang merebut ganjaran pada bulan kemenangan, iaitu di bulan Syawal ini dengan satu lagi peluang yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja untuk menambahkan pahala dan keberkatan di dunia iaitu dengan berpuasa enam.
Satu keistimewaan yang difahami dari sabda Nabi Muhammad itu ialah satu kebajikan dan peluang yang paling berharga disediakan kepada orang2 yang mengejar ni'mat dan kemurahan Allah taala sepanjang hidup terdapat pula di bulan syawal iaitu puasa enam hari di dalamnya.Ganjaran pahala diberikan oleh Allah taala kepada mereka yang berpuasa enam di bulan syawal ini ialah seperti ganjaran pahala kepada yang berpuasa setahun...

Diantara kelebihan2 puasa enam hari di bulan syawal ialah:

# puasa enam umpama sunat rawatib sesudah solat fardhu bagi menampung kekurangan puasa fardhu menjadi tanda diterima puasa ramadhan yang kita kerjakan

# sebagai tanda bersyukur kepada ni'mat yang diberikan di bulan Ramadhan seperti ni'mat kesihatan tubuh badan yang baik

# mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya

# memudahkan malaikat al-maut mencabut nyawa

Oleh yang demikian marilah kita merebut peluang yang ada dan mengerjakan puasa enam demi mendapatkan fadhilat2 yang ditetapkan Allah padanya serta inginkan keredhaan-NYA jua...

salam aidilfitri untuk semua...

I'm Back

Almond London
Antara biskut2 raya yang ditempah dengan Ju PPM. Sodap, hingga abis di mamam...

Coklat Chip

Kegemaranku : Tat Nenas wajib ada

Hazeq sedang ambik coklat yang terhidang. Dalam banyak2 kuih coklat yang jadi tumpuan dia.

Ayoh sedang perhati Hazeq main...
Dah kenyang niey...

Hazeq di celah2 manusia yang datang beraya kat rumah terbuka Makcik Tina dan Ayoh Chik Din. Walaupun demam, aku tetap berselera mamam satey Makcik Tina.

Gambar ni waktu tengah bersiap - siap nak keluar beraya. Hazeq nangis xnak bergambar.

Hazeq sedang disiapkan oleh Shuhada (kazen Hazeq).

Ayoh v arahan suh adik pakai kasut Spiderman.... Nak g masjid, sembahyang raya. X tahu lah gane kat dalam masjid tu dengan anak. Mok lupa tanye ayoh...

Comelnya anok mok ni.... cam ayoh jer....

Begitulah serba sedikit aksi - aksi raya 2009 yang dapat dipaparkan di sini. Tak banyak gambar sebab tukang ambik gambar demam n xde mood raya.

Assalamualaikum. Hai...I'm back to school now. It's good to be back after 1 week "raya". Raya baru niey tak berapa beraya ngat sebab demam, selsema dan batuk. Aku tak sihat sejak hari Khamis lagi. Si Pejo tulah yang bersin kat kelas aku, dah terjangkit dia. Tapi redha jelah nak wat gane. Hasilnya seminggu complete aku demam. Sekarang si Hazeq pulak demam, batuk dan selsema. Cian anak mok, merengek jer dan kelihatan kurus tapi maintain berat badan dia. Pelik tapi benar. Gambar2 raya kemudian aku masuk yer, aku lupa bawa wayar USB kamera. Wokeh, aku chow dulu...

Wednesday, September 16, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya

Hari ni last sekolah. Esok adalah Cuti Khas seluruh sekolah di Malaysia.
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat
semua teman - teman di sekolah dan kaum kerabat keluargaku
di Kuantan dan Terengganu. Berhati - hatilah ketika memandu
pulang ke kampung. Pakai tali pinggang keselamatan di depan dan belakang.
Semoga raya tahun ini memberi kita seribu erti....

Jangan lupa.....ziarah kubur yang telah pergi. Moga mereka diberkati.
Cuti seminggu bermakna seminggu jugalah blog ni cuti.
So kita jumpa lagi pada 28 September nanti. Insyaallah.

Tuesday, September 15, 2009

Kad Raya Alaf Baru

Kad Raya niey aku tujukan khas wat adik ipar aku Layaleya di Putrajaya dan kaum kerabat keluarga sebelah hubby aku kat Terengganu. Selamat Hari raya dan maaf zahir batin kepada semua.
P/s: To anak2 sedara Ayoh Chik yang seramai 18 orang tuh.....Sori la tahun ni Acik dan Ayoh Chik xde duit raya sebab bonus xdapat. Jangan sedih yer....

Kad Raya ini ditujukan khas wat kawan - kawanku yang tersayang di SK Pendidikan Khas Kuantan terutamanya wat Kak Ilah, Kak Pah, Kak Pah Liza, Intan, Faizul, Sofi, Lily, Jue, Jue PPM, Zura, Cda, Kak Idah, Sham, Ejam, Lin, Selendang, Imah, Zimah, Azie, Ina, Eymran yang banyak ajo aku wat blog, Amalina, CT dan lain - lain yang aku tak taip nama korang. Selamat Hari Raya, Maaf zahir Batin....

Kad Raya ini ditujukan khas kepada adik perempuan aku Nisa yang kerja kat Unit Kewangan SUK Pahang. Terima kasih kerana memahami dan mengingati diri ini. Selamat hari raya dan maaf zahir batin. Raya nanti aku balik Jerangau tapi kejap jer. Datang la rumah nanti.

Thursday, September 10, 2009

Belajar Buat Blog (Kursus ICT)

Semalam 10 September 2009, sekolahku mengadakan kelas membuat blog. cam kursus pendek la. Aku saje2 je menyempit nak tambah ilmu di samping menolong kawan - kawan yang baru nak belaja wat blok.

Gambar kat atas 2 gambar kitaorang tengah kusyuk belaja. Terima kasih juga kepada ejam dan lin atas gambar niey....

Tuesday, September 08, 2009

Sekadar Renungan Bersama

Tadi kita dah tengok resepi dan gambar2 makanan yang lazat. Skrg ni kite selami pula renungan ini bersama....

Sekadar renungan...........buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Resepi Lagi????

Korang mesti try test cuba resepi - resepi nih. Sodap!!!!!

MEE KUNGFU / MEE HONGKONG / MEE KANTONIS

INGREDIENTS A :

500 gm mee kuning
5 biji telur dipukul

INGREDIENTS B
:

100 gm udang basah [buangkan kulit]
150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm carrot [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
garam
minyak

METHODS:

1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Mee Hailam

INGREDIENTS:

600 gm mee kuning
100 gm daging [hiris nipis]
100 gm isi ayam [hiris nipis]
100 gm udang
250 gm sawi hijau [potong kecil]
100 gm bunga kubis [hiris]
100 gm kobis [hiiris]
2 biji telur ayam
1 biji cili merah [mayang]
1 s/b lada hitam

1 s/b sos tiram
2 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air
4 ulas bawang putih [ketuk]

BAHAN HIAS:

3 batang daun sup ]
3 batang daun bawang ] potong pendek
garam [jika perlu]

METHODS:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan daging dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Bila daging dah lembut masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.
5. Masukkan bahan sayuran lain dan telur. Biarkan telur keras dan kacau perlahan-lahan.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.

Resepi Makaroni Ayam Kuah Tomato Yum..Yum...

MACARONI AYAM KUAH TOMATO

INGREDIENTS :

1kg dada ayam dipotong kecil-kecil
4 biji tomato sederhana dibuang biji dan dipotong kecil dan dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1/2 sudu besar lada puih serbuk
1 sudu besar mentega atau margarine
6 sudu besar pati tomato (kalau tak suka masam sangat .. gantikan dengan tomato sos sahja)
800ml air
1 batang lobak merah sederhana di kupas kulit dan potong dadu kecil
50g kacang peas
air perahan dari 1 biji lemon
garam secukup nya
gula jika suka

500 g macaroni ~ boil with water and a tablespoon of oil to avoid it from sticking together
METHODS:

1. Gaul ayam bersama serbuk lada putih dan tomato kisar dan bawang putih.
2. Pijarkan mentega, tumis ayam bercampur tomato. Kacau sehingga rata.
3. Masukkan pula pati tomato, air, lobak dan kacang peas.
4. Setelah mendidih, campur air perahan lemon, serta garam secukup rasa.
5. Kacau lagi sehingga daging ayam dan lobak empuk.
6. 500g macaroni di rebus dengan sedikit minyak agar tidak bergumpal kelak.
7. Semasa menghidang letak kan macaroni dalam mangkok dan tuangkan kuah tomato.

Wednesday, September 02, 2009

KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADAN

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan di dalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan saja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dengan apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya:

“Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunaskan (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.”
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Adapun kewajipan puasa ini bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum atau perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar shadiq hingga terbenam matahari, bahkan hendaklah juga menahan anggota badan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa dosa, kerana dosa itu boleh melupuskan matlamat puasa. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberi peringatan dalam hal ini sebagaimana sabda Baginda:

Maksudnya:
“Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapat sesuatu daripada puasanya selain lapar dan dahaga.”
(Ditakhrijkan oleh Ibnu Majah)

Tuesday, September 01, 2009

MENUJU KESEMPURNAAN IBADAH PUASA

Matlamat puasa itu bukan hanya memelihara kewajipan-kewajipan lahiriahnya, bahkan memelihara kewajipan-kewajipan bathiniyahnya. Al-Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan bathiniyah puasa itu antara lain seperti berikut:

1) Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menggangu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

2) Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria.

3) Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya:
Tafsirnya: “Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.”
(Surah Al-Ma’idah: 42)

4) Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan yang syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang yang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana, kemudian dia menghancurkan sebuah kota (kerana dalam kota ada istana itu).

5) Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.
Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah dan melawan syahwat, kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya, sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam-ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkanlah pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya.
Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul daripada syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibuang, mungkin ia tetap pada kebiasaannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan, sebagai cara-cara untuk menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tiada dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka dia terlindung daripada kerajaan langit.

6) Hendaklah hati merasa bimbang antara takut dan harapan, kerana tiadalah diketahui apakah amalan puasa itu diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sehingga seseorang itu digolongkan ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah), ataupun puasanya tertolak, maka terhitung dia ke dalam golongan orang yang terjauh daripada rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Oleh kerana itu apabila puasa itu dapat dilaksanakan dengan sempurna menurut syarat-syarat zahir dan batinnya, iaitu bukan hanya berpuasa dengan menahan perut dan syahwatnya serta mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki juga seluruh anggota, bahkan menahan dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang membawa dosa, ditambah lagi bahawa hatinya berpuasa daripada perkara-perkara yang memesongkan perhatiannya selain Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka orang yang berpuasa sedemikian akan mudah mencapai martabat orang-orang yang taqwa sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”
(Surah Al-Baqarah: 183

KELEBIHAN BULAN RAMADAN